|
Teknik
menghukum anak.
Tips harmoni & bahagia.
Most beautiful word.
Kesilapan ketika menegur anak.
Berikan kebebasan kepada anak
memilih.
Petua
mendidik anak.
Kesilapan oleh
ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Teknik menghukum anak.
Masa kanak-kanak merupakan
masa yang paling penting dalam proses kehidupan
manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan
seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia
akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia
akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara
iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan,
toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi
kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan
saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan
memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam
pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman
dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat
menimbulkan impak yang negatif.
Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman
sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai
pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini
sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi
Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
1.
Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu
bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang
dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang
anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat
menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh
membuat anak terdiam.
2. Keluarkan suara
dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak
bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa
yang telah dan akan dilakukannya.
3. Puji orang lain
depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa
sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak
untuk menjadi sebagus yang dipuji.
4. Buat-buat macam
tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan
daripada sikap memberi perhatian yang dapat
menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika
anak melakukan kesalahan dan hendak diberi
hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka
palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...)
sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal
ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat
dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita
ialah mendidik bukan menyeksa.
5. Tidak bagi duit,
tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan
sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain
video game, menonton TV, berkunjung ke rumah
teman, saudara atau seumpamanya.
6. Putuskan hubungan
dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat
untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti
biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau
menyesali perbuatannya.
7. Beri ancaman
dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu
berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh
dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang
diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki
kesalahannya.
8. Memulas telinga.
Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W
seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari
Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku
telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa
beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada
baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W,
baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai
penipu!"
9. Memukul sebagai
alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan
memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara
mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat
dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi
berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab
anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan
yang benar atau yang salah serta tidak menyedari
kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak
menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin,
terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam
dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10
tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya:
"Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh
tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya
pada usia sepuluh tahun."
Tips HARMONI & BAHAGIA.
H A R M O N I :
H - Hormat menghormati
A - Ambil berat
R - Ramah
M - Mesra
O - Okey
N - Ngam
I - Ikhlas
B A H A G I A :
B - Badan sihat
A - Akal sempurna
H - Hati baik
A - Anak-anak
G - Gurauan
I - Intim
A - Amalan
Most beautiful word.
Most beautiful word = ALLAH
Most beautiful song = AZAN
World's perfect encyclopedia = AL-QURAN
Best exercise = PRAYING
Best diet = FASTING
Kesilapan ketika menegur anak.
Bagi mereka yang telah mempunyai cahaya mata tentu
memahami betapa sukarnya untuk mengawasi tingkah-laku anak-anak, terutamanya
dalam 'usia nakal' mereka. Ketika dalam peringkat usia ini, sifat ingin tahu
dan ingin mencuba sedang giat berkembang.
Sebagai ibu bapa, kita tentu tidak mahu melihat anak-anak kita terjebak ke
dalam aktiviti tidak sihat seperti gangsterisma atau perkara-perkara yang
boleh memudharatkan seperti bermain api dan sebagainya. Kita juga ingin
mengawasi pergaulan anak-anak kita agar tidak bergaul dengan golongan yang
rendah akhlaknya. Dalam usaha kita memainkan peranan sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab, kadang-kala kita tersilap dari segi kaedah menegur
anak-anak kita. Akhirnya, niat baik kita bertukar menjadi mimpi buruk.
Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika menegur anak ialah
dengan menggunakan ayat yang berbentuk negatif. Contohnya, "kenapalah awak
ni malas sangat nak baca buku?". Kritikan sedemikian jika diulangi selalu
akan menjadi kenyataan. Ini kerana perkataan ibu bapa terhadap anak-anak
adalah doa yang makbul. Dari segi psikologi, kritikan yang negatif akan
membentuk minda anak yang negatif. Jadi, jangan persalahkan mereka jika
mereka benar-benar menjadi malas!
Kesilapan kedua ketika menegur ialah kita asyik menegur
berulang-ulang kali tetapi tidak memastikan anak mengikut teguran kita.
Contohnya, kita menyuruh anak yang sedang menonton televisyen pergi bersiap
untuk bersolat, kita mesti memastikan mereka terus melakukan arahan kita.
Jangan mengulangi arahan tersebut beberapa kali. Ini kerana teguran yang
sama beberapa kali akan menjadi leteran.
Teguran yang berkali-kali tanpa merubah tingkah-laku anak-anak boleh membawa
dua kesan besar. Pertama, mungkin anak akan benci kepada leteran ibu bapa.
Kedua, sifat hormat anak-anak kepada ibu bapa akan berkurangan.
Dalam pada itu, ibu bapa perlu konsisten menegur anak-anak yang melakukan
kesalahan yang sama. Contohnya, jika hari ini kita tegur anak yang sedang
bermain mancis, jika esok dia bermain lagi kita mesti menegur juga. Teguran
yang tidak konsisten akan menyebabkan anak keliru. Semalam tidak boleh, hari
ini boleh pulak!
Kesilapan ketiga ialah mengugut atau mengancam anak. Anak yang selalu
diugut ketika proses tumbesarannya akan menjadikan dia seorang yang penakut
bila besar kelak. Malah, kemungkinan juga dia akan jadi tukang ugut pula
suatu hari! Ini kerana anak-anak biasanya akan mengikut tingkah laku dan
gaya hidup penjaganya.
Akhir sekali, sudahi usaha kita dengan doa. Walaupun kita sudah menegur dan
menasihati anak kita dengan baik, tetapi hanya Allah s.w.t. jualah yang
dapat mengubah hati mereka. Jika perangai anak-anak tetap tidak berubah,
bersabar dan letakkan pengharapan pada Allah s.w.t. Insya-Allah, kita mampu
mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.
Berikan kebebasan kepada
anak memilih.
Salah satu keunikan manusia berbanding hidupan
lain ialah keupayaan berfikir dan seterusnya membuat kesimpulan yang
rasional. Walaupun semua orang berkeupayaan melakukan proses kognitif ini,
namun tidak semua orang berani mengemukakan pandangan atau hasil
pemikirannya. Hal ini berlaku antaranya disebabkan oleh didikan dan
persekitaran yang dilalui oleh seseorang semasa zaman kanak-kanaknya.
Kanak-kanak biasanya kurang diberikan kebebasan untuk membuat pilihan atau
keputusannya sendiri. Kebiasaannya ibubapalah yang menjadi 'dicision-
maker'. Secara tidak langsung, amalan ini seolah-olah mengongkong kebebasan
mereka untuk memberi pandangan; sekaligus mematikan sifat kreativiti mereka.
Lama-kelamaan, mereka juga akan hilang keyakinan diri.
Sepatutnya, ibubapa melibatkan anak-anak dalam proses membuat keputusan.
Mereka seharusnya diberi peluang mengemukakan pandangan. Ini akan membantu
mereka dalam perkembangan minda dan sekaligus anak-anak akan merasakan diri
mereka lebih dihargai. Contohnya, apabila kita hendak membeli baju anak-anak.
Sebaiknya bawalah bersama anak untuk memilih bajunya sendiri. Sekiranya kita
merasakan mereka belum pandai membuat pilihan yang terbaik, pilihlah
beberapa helai dan biarlah keputusan akhir dilakukannya sendiri.
Dalam Islam, kita digalakkan untuk bermusyawarah. Budaya ini sepatutnya
disemai di dalam institusi kekeluargaan bilamana hendak membuat sebarang
keputusan yang penting dalam keluarga. Selain melibatkan mereka dalam proses
membuat keputusan, ia juga dapat mengeratkan talian kekeluargaan dan sifat
percaya-mempercayai sesama ahli keluarga.
Hargailah pandangan anak-anak. Jika pandangan mereka tidak dapat diterima
atau kurang menepati kehendak syariat, berikan kepada mereka alternatif.
Elakkan daripada 'mencantas' setiap luahan rasa mereka. Jika anak-anak
dihargai, insya Allah mereka akan membesar menjadi insan yang lebih proaktif
dan berani.
Petua mendidik anak.
A. Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah
Komunikasi :
1. Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
2. Pamerkan kasih sayang dengan jelas.
3. Puji anak secara khusus.
4. Berikan penerimaan & penghargaan sekerap yang mungkin.
5. Hormati kawan-kawan anak.
6. Kongsi perasaan ibu bapa dengan anak-anak.
7. Kongsi hobi dengan anak.
8. Lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak.
9. Bentuk suasana komunikasi yang selesa.
B. Petua Merangsang Keistimewaan Anak :
1. Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.
2. Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.
3. Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
4. Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.
5. Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.
6. Hormati setiap pandangan anak walaupun ada yang tidak disetujui oleh ibu
bapa.
7. Hormati barang kepunyaan dan biliknya.
8. Beri peluang anak melakukan sesuatu kerja atau tugasan mengikut caranya
sendiri.
C. Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak :
1. Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi
Galakkan beri pandangan.
Dengar ceritanya.
Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.
2. Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam
menyelesaikan masalah.
Jadual harian di rumah.
Tanggungjawab mengenai bilik tidur.
Tanggungjawab membantu kerja-kerja dirumah.
3. Nilai proses penyelesaian masalah yang dijalankan oleh anak.
4. Beri penghargaan untuk setiap 1 kejayaan walaupun kecil.
5. Hormati aras ketrampilan anak dan sentiasa ingat yang dia sedang belajar.
6. Galakkan anak membuat matlamat peribadi sama ada jangka pendek atau
jangka panjang.
7. Beri sokongan dan galakan bila anak dapat mempengaruhi orang lain secara
positif.
8. Terima perubahan dalam peranan yang dimainkan oleh anak. Contoh : Masa
kecil suka ikut bapa ke mana-mana. Bila sudah besar tidak mahu lagi ikut
bapa.
D. Petua Merangsang Anak Agar Mendengar Cakap Ibu Bapa :
1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia
mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.
2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kepada
anak.
3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yang
sesuai akan dapat merangsang tindakan.
4. Ulang perkara atau perkataan yang penting beberapa kali agar jelas dan
nampak peri mustahaknya.
5. Jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dan
kenapa ia perlu dilakukan.
6. Jangan menggunakan perkataan "orang pertama" - kamu, anda, awak. Ia akan
merangsang bantahan atau naluri melawan. Gunakan bahasa "orang kedua"
"Abah harap kamu mandi sebelum Maghrib".
"Abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan".
7. Beri anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan
membuatkan mereka terasa dihormati dan berkebolehan.
8. Minta cadangan dari anak untuk menyelesaikan masalah mereka.
Contoh :
i. Anak diminta belikan lampu picit untuk membolebkan dia tidur sendiri di
bilik.
ii. Anak mencadangkan ayahnya membelikan bakul untuk baju bagi mengelakkan
pakaian kotor berselerak.
9. Beri maklumat yang lengkap sebelum sesuatu perkara berlaku.
Contoh :
Bapa: Nenek tu tak suka bising-bising, jadi apa yang patut kamu buat bila
nenek tidur kat rumah kita esok?
Anak: Ok lah, Saya tak buka radio kuat-kuat seperti biasa.
10. Gunakan fantasi untuk memberi kesedaran pada anak.
Anak : Abah.. ,naik teksi bah.Tak bestlah naik bas.
Bapa : Eh..Kalau abah jutawan, jangankan teksi, abah belikan kamu helikopter
untuk pergi dan balik dari sekolah!!!
11. Gunakan humor untuk mengelakkan pertengkaran atau kenang semula cerita
lama yang lucu untuk meredakan suasana yang tegang.
E. Mendidik Anak Mengenali Perasaannya :
1. Apabila ibu bapa cuba memahami dan menerima perasaan, elakkan dari
mengulang semula apa yang anak sebut. Gunakan perkataan lain untuk
menjelaskan perasaan anak.
Contoh 1:
Anak : "Saya takut pada lipaslah abah!"
Ayah : "Oh ya, abah lupa yang Shakir tak selesa kalau ada lipas dalam bilik".
2. Dengan mempamerkan yang kita faham dan simpati mengenai perasaannya, anak
akan terdorong untuk bercerita dengan lebih lanjut mengenai perasaannya. Ibu
bapa juga perlu mendidik anak mengenali emosi yang mereka rasakan.
Contoh 2 :
Anak : Boringlah pergi sekolah, Cikgu asyik bentak-bentak aje!
Ayah: Oh... .Jadi Shazwan rasa tak seronok bila cikgu marah ke?
Contoh 3 :
Anak : Bencilah Zaidah tak jemput jamuan harijadinya!
Ayah : 0h... .Hidayah rasa marah dan kecil hati sebab kawan tak jemputlah ye
!"
Kesilapan oleh
ibubapa dalam mendidik anak-anak.
Dewasa ini purata ibubapa yang gagal mendidik anak-anak ke arah pengamalan
Islam secara syumul begitu ketara sekali dan semakin membimbangkan. Impaknya
dapat dilihat dengan jelas dalam senario kehidupan anak–anak itu sendiri.
Hal ini jika berterusan akan merosakkan diri mereka, kasih sayang terhadap
ibubapa mereka, hubungan antara keluarga, orang tua dan ahli masyarakat
setempat. Lebih jauh lagi, tempiasnya akan tersebar terhadap Islam dan
negara.
Faktor penyebabnya ialah bapa, selaku ketua, pemimpin dan pelindung terhadap
keluarga, dan ibu selaku penasihat dan penggerak kepada peranan bapa.
Malangnya peranan ini gagal dilaksanakan.
Antara kesilapan yang dilakukan ialah :
1. Kurang penekanan terhadap kewajipan solat ; Tidak mengajar anak solat
dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan kerana sifat menyerah
tanggungjawab tersebut kepada ustaz di sekolah atau kelas Fardhu Ain. Kalau
anak–anak solat pun tidak pernah diuji secara praktikal atau diperhati betul
salahnya solat tersebut. Begitu juga, jika dibawa anak–anak ke masjid,
ibubapa tidak mengambil pusing anak–anak mereka sama ada mereka sudah masuk
saf atau tidak. Apa salahnya jika jarang–jarang ibubapa solat di belakang
anak–anak. Dalam hal ini ada di kalangan ibubapa yang tidak memaksa secara
tegas supaya anak–anak solat seperti solat Subuh atas alasan kasihan (
melihat mereka nyenyak tidur) dan juga semasa menghadiri sesuatu majlis
keraian, kenduri, perayaan dan seumpamanya.
2. Tidak memberi perhatian terhadap pembelajaran bacaan Al Quran anak–anak ;
Anak–anak tidak ditanya atau menyuruh membaca semula apa yang pelajari pada
hari itu dalam bentuk ulangkaji. Juga tidak ditanya guru Al-Quran tentang
kemajuan dan sikap anak–anak semasa belajar sama telah untuk memberi kuasa
veto kepada si guru bagi merotan anak-anak mereka.
3. Tidak memberi rangsangan dalam bentuk hadiah dan pujian terhadap anak–
anak yang cemerlang dalam solat, bacaan Al-Quran ( hafalan lagi baik )
dan hafalan wirid serta doa.
4. Tidak menanam sikap kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
5. Tidak mengambil kisah pemakanan anak–anak ; sama ada di rumah atau di
luar yang kebanyakan bersumberkan syubahah seperti makanan segera, minuman
berkarbonat dan lain–lain lagi. Atau bersumberkan pembelian wang haram atau
syubahah.
6. Membiarkan anak–anak bergaul bebas ; tanpa memerhatikan latar belakang
kawan–kawan mereka dari segi penjagaan solat, latar pendidikan, akhlak dan
keluarga ( faktor pengaruh). Walau bagaimanapun anak–anak tidak boleh
dikongkong kerana akan menghalang kematangan mereka dalam pergaulan.
7. Memberi kebebasan berpakaian tanpa menutup aurat ; khususnya anak
perempuan. Ramai ibubapa golongan baru segaja memilih dan mengatur pakaian
anak-anak mengikut ‘trend’ zaman ini. Sepatutnya anak–anak perlu diajar cara
pakaian bersopan bermula zaman awal kanak-kanak lagi. Ingat, panas akhirat
mengatasi panas dunia !!
8. Terlalu menekankan kecemerlangan akademik ; dengan menghantar tuisyen
petang dan malam serta hujung minggu (tuisyen sekolah dan persendirian :
tidak semua tetapi ada) sehinggakan anak–anak menjadi letih tetapi
mengabaikan pendidikan Islam.
9. Membiarkan anak-anak menonton hiburan melampau ; dan drama yang tidak
bermoral, mendengar muzik barat / cinta serta membaca novel cinta, majalah
hiburan yang diketahui tiada motif / unsur mendidik rohani.
10. Tidak membawa anak–anak menziarahi kubur ; yang bertujuan untuk
mengingatkan hari penyudah hidup.
11. Tidak membawa anak–anak terutamanya anak yang remaja berziarah ke rumah
ahli keluaga dan saudara mara sambil memperkenalkan antara satu sama lain.
12. Tidak memanggil anak-anak supaya bersalam dan bermesra dengan tetamu
yang datang ke rumah ( tetapi dengan menjaga adab kesopanan ).
13. Tidak memperjelaskan hukum hakam agama dalam semua aspek kehidupan baik
rohani, jasmani dan ketuhanan kepada Yang Maha Esa.
14. Tidak menanam sikap menolong orang susah, fakir dan miskin serta amalan
bersedekah.
15. Ibubapa tidak menunjukkan contoh tauladan tingkah laku yang baik selaras
dengan kehendak Islam.
16. Ibubapa terlalu mengejar dunia sehingga semua di atas tidak terlaksana
!!


▲Lihat Atas▲ |