
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Firman Allah Taala
yang bermaksud :
"Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak
kamu adalah cubaan hidup bagimu
dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala
yang amat besar."
Anak adalah amanah
Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik
sejak
kecil lagi. Seperti kata pepatah ; melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh itu, anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar
menjadi anak yang soleh,
berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.
Sehubungan dengan itu, didikan
yang terbaik adalah didikan yang benar-benar
berpaksikan acuan Al-Quran itu sendiri.
Oleh itu, pihak Tadika Tahfiz
Al-Munir (TTAM) bersedia menawarkan sebuah tadika
yang memberi penekanan dalam dua bidang
sekaligus antara agama dan akademik
demi keseimbangan di dalam proses
pendidikan mereka.
Antara
objektif utama TTAM ialah :
Mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu &
seimbang antara rohani dan
jasmani ; agama dan akademik.
Melahirkan satu generasi yang celik Al-Quran
sekaligus sebagai generasi penghafaz
dan mengamalkannya.
Menghidupkan suatu biah atau suasana solehah dalam
keluarga dan masyarakat
dengan akhlak mulia.
Membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan
tanahair.
Harapan kami agar
segala usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan generasi yang
bertamadun dan berdaya saing serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa
dan tanahair.
Sekian, Wassalam.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Islam