|
(Risalah ini boleh dicopy & paste...)
Risalah 1 :
Young
Intelmax : Membawa Kecerdasan Otak Ke Tahap Optimum
Era k-ekonomi ialah zaman manusia
memperlagakan kehebatan minda. Keupayaan anda meningkatkan
kecerdasan minda menjadi penentu prestasi pembelajaran, kerjaya
dan kehidupan. Otak yang cerdas adalah sama pentingnya dengan
badan yang cergas.
Walaupun saiz otak manusia kurang
daripada 3% saiz tubuh badan namun tenaga yang diperlukan ialah
20% daripada keseluruhan tenaga yang digunakan oleh tubuh. Jelas
sekali, otak ialah pengguna tenaga terbesar tubuh badan dan
seseorang tidak harus lalai dalam membekalkan nutrien yang
mencukupi kepada otak.
3 Ciri
Utama CNI Young Intelmax
1. Bahan-bahan semula jadi yang bersifat
terapi dan makanan : nutriennya diekstrak dengan menggunakan
teknologi perubatan Barat dan khasiatnya sebagai bahan terapi dan
makanan dalam perubatan Timur dipelihara sepenuhnya. Boleh
dijadikan makanan harian dan sesuai untuk semua golongan. Setiap
set ekstrak bersamaan 10-20 set bahan mentah, setiap tablet CNI
Young Intelmax, berat 270mg, bersamaan 2700-5400mg bahan mentah.
2. Semua nutrien keperluan otak dalam
satu tablet: Young Intelmax ialah pati ekstrak yang dihasilkan
secara saintifik di bawah kawalan ketat. la kaya dengan nutrien
untuk menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda, menentang
keletihan, menentang kekurangan oksigen, menambah pengaliran darah
ke otak dan anti pengoksidaan untuk menghapuskan 'sampah' yang
boleh merosakkan sel-sel otak seperti radikal bebas, plumbum,
raksa dan sebagainya. Nutrien dalam Young Intelmax juga berkhasiat
menenteram dan melindungi saraf di samping mengawal atur hormon.
Pengamalan CNI Young Intelmax dapat membekalkan nutrien yang
diperlukan oleh otak secara menyeluruh.
3.
Keberkesanan tinggi: Kesan CNI Young Intelmax cepat. Kebaikannya dapat dirasai
dalam tempoh yang singkat dan dengan dosej yang sesuai, kesannya dapat bertahan
sepanjang hari malah lebih lama. CNI Young Intelmax ialah pemakanan menguatkan
fungsi otak dan kecerdasan minda yang sukar ditemui di pasaran. Hasil gandingan
keunggulan Barat dan Timur ini melahirkan nutrien tambahan yang tiada tandingan
keberkesanannya.
3 Fungsi
Utama CNI Young Intelmax
1. Meningkatkan daya
ingatan: Kekurangan nutrien atau nutrien tidak seimbang yang
sering berlaku pada otak boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel
otak, malah menyebabkan sel-sel otak mengalami penuaan dan
degenerasi sehingga menjejaskan fungsi penghantaran mesej saraf
otak. Dalam keadaan ini, serebrum tidak dapat menerima mesej
dengan cekap serta tidak berupaya menafsir kod-kod mesej dan
menyimpan mesej, lebih-Iebih lagi "mencatatkan" ingatan dengan
berkesan. Salah satu fungsi ternyata CNI Young Intelmax ialah
meningkatkan daya ingatan. Bahan-bahan yang digunakan seperti
walnut (semen juglandis) dan Chinese wolfberry (fructus Iycii)
mengandungi pelbagai asid amino, vitamin dan kaya dengan fosforus.
Zat besi serta bahan-bahan seperti asid linoleik, pentosan dan
polisakarida yang lain juga berkhasiat untuk kesihatan otak. Semua
bahan ini berupaya meningkatkan paras sefalin, merangsang aktiviti
saraf otak agar otak sentiasa berada dalam keadaan segar dan
cergas, meningkatkan daya kesensitifan penerimaan mesej,
penyimpanan ingatan, seterusnya meningkatkan daya ingatan serta
keupayaan belajar.
2. Meningkatkan daya tumpuan: Dalam
proses pembelajaran, keupayaan kita menumpukan perhatian banyak
dipengaruhi oleh emosi. Daya tumpuan kita sebenarnya dikawal oleh
neurotransmitter. Pembekalan nutrien yang mencukupi membolehkan
kita memusatkan perhatian dan tenaga. Ramuan CNI Young Intelmax -
Lily Bulb, Jujube Seed, Hoelen (Poria Cocos) - dapat menentang
keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menenangkan
minda dan saraf, meningkatkan daya tumpuan dan sebagainya.
3. Meningkatkan
kecergasan otak: Bekalan darah dan oksigen yang mencukupi ke otak
membolehkan otak berfungsi dengan cergas dan otak yang cergas pula
memperkukuhkan daya tumpuan dan daya ingatan. Tekanan
pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan menyebabkan "bahan api"
dalam badan kita terbakar dengan pantas dan mengakibatkan
'kelaparan' pada otak (kekurangan nutrien), lesu dan hilang daya
tumpuan sehingga menjejaskan daya kognitif kita. Ramuan CNI Young
Intel max, Lily Bulb, Jujube Seed, Isi longan, Hoelen dan glukosa
berkhasiat melawan keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan
oksigen, meningkatkan bekalan darah kepada otak dan menambahkan
paras tenaga dalam otak agar otak kita berada dalam keadaan segar
dan cergas setiap masa.
Ramuan
Berkhasiat Dalam CNI Young Intelmax
Walnut
(semen juglandis), Chinese Wolfberry (fructus Iycii), Isi Longan, Jujube Seed.
Lily Bulb, Hoelen (Poria Cocos) dan Glukosa.
Risalah 2 :
CNI Young Intelmax Gabungan Perubatan Cina dan Barat Yang
Memperkasakan Minda
Otak ialah organ yang
paling kompleks dalam sistem saraf tubuh manusia. Organ ini mengawal seluruh
tubuh, daripada tindakan hingga pemikiran. Otak menerima mesej dari setiap
bahagian tubuh, mengkaji dan menghantar mesej ini kepada otot yang kemudiannya
menghasilkan tindak balas yang sewajarnya. Setiap bahagian otak mempunyai fungsi
masing-masing: mengawal perasaan, bahasa, penuturan, pendengaran, penglihatan,
rasa, pergerakan, penelaahan mesej, pengimbangan, perlakuan dan gerak hati.
Pencemaran Sekitar Jejaskan Kesihatan Otak
Pembangunan
ekonomi yang berterusan menyebabkan manusia hidup dalam
persekitaran yang tercemar setiap hari. Pencemaran udara, bunyi
dan sumber air secara langsung menjejaskan kesihatan otak manusia.
Selain daripada itu, gaya hidup yang tidak sihat, misalnya
kekurangan tidur, pengambilan nutrien yang tidak mencukupi atau
tidak seimbang, perubahan emosi yang mendadak, tekanan di tempat
kerja, rasa cemas yang melampau atau merokok, merupakan punca
utama otak yang tenat.
Gejala kepincangan fungsi otak adalah
berbeza-beza mengikut peringkat umur :
1. Kanak-kanak : Lambat
bertutur, tidak sensitif terhadap rangsangan luar, daya tumpuan
lemah, lembap dalam latihan dll.
2. Remaja : Daya tumpuan
lemah, suka bergerak, lemah dalam pelajaran, rendah IQ, otak cepat
letih.
3. Dewasa : Daya ingatan
merosot, daya tumpuan dan daya fikiran lemah, tidak ingat hal-hal
yang baru berlaku dll.
4. Pertengahan umur &
Orang tua : Rasa risau, rimas, prejudis, tidak ingat hal-hal yang
baru berlaku, pemikiran mudah terganggu, reaksi lembap, tidak
dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dll.
Otak manusia terdiri
daripada sel-sel. la merupakan organ terpenting dan harus
dipelihara dengan baik. Kita digesa mengamalkan prinsip penjagaan
kesihatan otak. Ingat ! Sayangi otak anda hari ini kerana ia lebih
mudah daripada menyelamatkannya di hari kemudian.
Semua Nutrien Keperluan Otak Dalam Satu Tablet
CNI Young Intelmax ialah hasil titik peluh
Profesor Weng Weijiim yang telah menghabiskan lebih 20 tahun untuk
menghasilkan nutrien tambahan bagi kesihatan otak. Menurut
Profesor Weng, CNI Young Intelmax dihasilkan daripada bahan
makanan masyarakat Cina berasaskan sistem teori dan fakta sains.
Dengan bantuan teknologi untuk menjalankan penganalisaan dan
penyelidikan, tujuh jenis makanan yang mengandungi nutrien paling
penting untuk otak manusia telah dipilih menjadi ramuan utama CNI
Young Intelmax, yakni Walnut (Semen Juglandis), Chinese Wolfberry
(Fructus Lycii), Isi Longan (Arillus Longan), Jujube Seed (Semen
Ziziphi Spinosae), Lily Bulb (Bulbus Lilii), Hoelen (Poria Cocos)
dan Glukosa.
Menurut Profesor Weng, nutrien yang berkhasiat
untuk otak digolongkan oleh WHO kepada tujuh kumpulan utama dan 44
kumpulan kecil. Kumpulan utama ini ialah karbohidrat, protein,
lemak, vitamin, zat galian, serat dan air. CNI Young Intelmax
mengandungi kesemua nutrien utama berkenaan dan merupakan tablet
yang paling lengkap untuk menyihatkan otak manusia.
Risalah 3 :
CNI Young Intelmax Mengubah Yang Tidak Dikenali Menjadi Terkenal
Otak manusia semakin lincah dan kreatif apabila
semakin digunakan. Selain banyak menggunakan otak untuk berfikir
dan menganalisa, pembekalan nutrien-nutrien penting juga akan
membantu memperkasa ketajaman otak anda.
Era k-ekonomi ialah era memperagakan kehebatan
minda. Kejayaan anda ditentukan oleh tahap kreativiti minda dan
otak ialah kunci daya kreativiti.
Pastikan fungsi otak anda sentiasa berada pada
tahap optimum. Ambil nutrien tambahan seperti CNI Young Intelmax
untuk memperkasa minda anda; menimba ilmu adalah sama pentingnya
dengan menimba pengalaman. Jangan berlengah lagi, dua usaha ini
jika diamalkan secara berterusan bakal meningkatkan keupayaan otak
anda, mengubah personaliti yang tidak dikenali menjadi terkenal.



▲Lihat Atas▲ |