Butiran ini boleh dicopy & paste...
Sumber Vitamin C
Sejak 200 tahun yang lalu, manusia
telah mengetahui bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan berkesan untuk memerangi
penyakit skurvi yang amat menakutkan. Makanan yang diawet seperti sayur masin, makanan
jeruk dan makanan tin telah hilang kesemua vitamin Cnya. Vitamin C di dalam
sayur-sayuran akan hilang sebanyak 50% - 90% jika ia dimasak atau direbus terlalu
lama. Semakin lama ia dimasak, semakin tinggi kadar kehilangan vitamin C. Oleh
itu bukan mudah bagi seseorang memperolehi vitamin C yang mencukupi.
Pada tahun 1934, manusia telah
menemui kaedah untuk menghasilkan vitamin C. Ini merupakan satu pencapaian
cemerlang dalam perkembangan diet manusia. Penemuan ini adalah didorong oleh
kesulitan manusia memperolehi vitamin yang mencukupi daripada makanan harian
disebabkan hilangnya dalam proses memasak.
Simpton Dan Kesan Akibat Kekurangan
Vitamin C
Kekurangan vitamin
C akan
menyebabkan kesulitan bernafas, senak, hilang selera, pendarahan hidung dan
gusi, gigi dan enamel yang lemah, mudah mendapat cedera dan lebam, artralgia,
hilang ingatan, kurang daya tahan infeksi, proses penyembuhan tulang patah
menjadi lambat. Kekurangan vitamin C yang serius boleh mendatangkan penyakit
skurvi. Simptom utama kekurangan vitamin C ialah tisu pengalas vascular akan
menyebabkan pembekuan darah. Ini mungkin menjadi sebab utama penyakit jantung
dan apopleksi. Sementara merokok pula akan mengurangkan Asid Askorbit dalam
darah dan akan turun 24 - 31 %. Berdasarkan fakta ini seseorang yang kuat
merokok memerlukan lebih banyal vitamin C untuk mengisi Asid Askorbit yang
hilang.
Khasiat &
Analisis Perubatan
~ Membantu
mencegah penyakit skurvi ;
Sekiranya dalam
suatu jangka masa panjang kita tidak mengambil buah-buahan dan sayur-
sayuran, kita akan
mengidap skurvi.
~
Memperkuatkan daya tahan badan ;
Menurut kajian ke atas binatang, vitamin
C berkhasiat mencegah sel kanser. Selain daripada
itu, ia juga mengurangkan
ancaman kuman selsema.
~
Memperkuat rangka tulang ;
Untuk menghasilkan kologen, protein diperlukan untuk
mencantumkan bersama sel-sel
sekaligus membentuk struktur tulang. Ia juga
merupakan komponen utama bagi kulit, rawat
dan gigi yang sihat.
~
Mendorong penghantaran impuls saraf ;
Penting dalam penghantaran impuls saraf,
kalsium penggunaan zat besi dan asid folik.
~
Mendorong penyerapan zat besi ;
Meningkatkan daya penyerapan dan penyimpadan zat
besi dan asid folik
~
Mengelakkan daripada sakit ;
Menguatkan daya tahan penyakit.
~
Menyembuhkan luka ;
Membantu menyembuhkan luka dan tulang patah.
~
Mendorong penghasilan hemoglobin ;
Menghasilkan hemoglobin dan sel darah tulang.



▲Lihat Atas▲