BARANGAN PERSENDIRIAN :

Sila tanda sebarang hak milik
pelajar seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya supaya ia
senang dikenalpasti pemiliknya.
Dilarang membawa barangan berharga
seperti barang kemas dan sebagainya.
Pihak tadika tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku
kehilangan atau
kerosakan terhadap barang yang dibawa.
BAYARAN & YURAN :

Yuran bulanan mesti dijelaskan pada
minggu pertama setiap bulan termasuk bulan November.
Bayaran buku bagi semesta kedua sebanyak RM70 hendaklah dijelaskan pada awal
bulan Jun.
Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada pihak TTAM dan yuran yang telah
dijelaskan tidak boleh dikembalikan.
HUBUNGAN :

Hendaklah sentiasa menjaga imej atau
nama baik tadika.
Para ibubapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak
tadika untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka.
Sedia berbincang dan bertolak ansur
sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan
pelajar atau pihak tadika.
Pihak TTAM bersedia menerima teguran
yang membina terhadap sebarang kesilapan atau
kekurangan.
Tidak membunyikan hon
kenderaan terlalu kuat ketika menghantar atau mengambil anak dan
tidak menghalang pintu pagar rumah jiran-jiran
berdekatan kerana perkara ini amat penting
bagi menjaga kelangsungan operasi tadika di tapak
sekarang agar tiada pihak-pihak tertentu
mengambil kesempatan untuk membuat alasan bagi
menyekat atau membuat sebarang bantahan.
PIAGAM :

Tekad dan azam pihak TTAM adalah berusaha
memberikan pendidikan yang terbaik kepada
semua pelajar mengikut lunas-lunas
Islam.
Pihak TTAM bersedia dan mengalu-alukan
sebarang sumbangan dari semua pihak sama ada
dalam bentuk material, idea dan
sebagainya.
Sumbangan ikhlas boleh dimasukkan terus ke akaun
Tadika
Tahfiz Al-Munir.
SEGALANYA BERMULA DI SINI.
JIKA BAIK,
BERITAHU KAWAN,
JIKA TIDAK, BERITAHU TTAM.


▲Lihat Atas▲