Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Pendaftaran 2018 telah dibuka !! Selamat datang ke Portal Rasmi Tadika Tahfiz Al-Munir.

SEKAPUR SIREH

  Tadika Tahfiz Al-Munir

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup   bagimu dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar".

Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah ; melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak yang soleh, sedia berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Sehubungan dengan itu, didikan yang terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan Al-Quran itu sendiri. Oleh itu, pihak Tadika Tahfiz Al-Munir (TTAM) bersedia dan mengambil tanggungjawab menawarkan sebuah tadika yang memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akademik selaras dengan falsafah kebangsaan negara demi keseimbangan di dalam proses pendidikan anak-anak.

 Antara objektif utama TTAM ialah :

  ➤ Mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu & seimbang antara rohani
      dan jasmani ; agama dan akademik.
 
Melahirkan satu generasi yang celik Al-Quran sekaligus sebagai generasi penghafaz
      dan mengamalkannya.
 
Menghidupkan suatu biah @ suasana solehah dalam keluarga dan masyarakat
      dengan akhlak mulia.
 
Membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Harapan kami agar segala usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Sekian, Wassalam.