POLISI
KEHADIRAN :
➤ Para pelajar hendaklah sentiasa memakai uniform semasa hadir ke tadika.
➤ Para ibubapa hendaklah menghantar atau mengambil anak-anak mereka dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang kelewatan atau sebaliknya akan
dikenakan bayaran lebih masa (OverTime).
➤ Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit berjangkit hendaklah mengambil cuti sakit.
BARANGAN PERSENDIRIAN :
➤ Sila tanda sebarang hak milik pelajar seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya
supaya ia senang dikenalpasti pemiliknya.
➤ Dilarang membawa barangan berharga seperti barang kemas dan sebagainya.
➤ Pihak tadika tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku kehilangan
atau kerosakan terhadap barang yang dibawa.
BAYARAN & YURAN :
➤ Yuran bulanan mesti dijelaskan selewat-lewatnya pada 5hb setiap bulan termasuk
bulan November.
➤ Bayaran buku bagi semesta kedua sebanyak RM150 hendaklah dijelaskan pada awal
bulan Jun.
➤ Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada pihak TTAM dan yuran
yang telah dijelaskan tidak boleh dikembalikan.
HUBUNGAN :
➤ Hendaklah sentiasa menjaga imej atau nama baik tadika.
➤ Para ibubapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka.
➤ Sedia berbincang dan bertolak ansur sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan
dengan pelajar atau pihak tadika.
➤ Pihak TTAM bersedia menerima teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan
atau kekurangan.
➤ Tidak membunyikan hon kenderaan terlalu kuat ketika menghantar atau mengambil
anak dan tidak menghalang pintu pagar rumah jiran-jiran berdekatan kerana perkara
ini amat penting bagi menjaga kelangsungan operasi tadika di tapak sekarang agar
tiada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk membuat alasan bagi
menyekat atau membuat sebarang bantahan.
PIAGAM :
➤ Tekad dan azam pihak TTAM adalah berusaha memberikan pendidikan yang terbaik
kepada semua pelajar mengikut lunas-lunas Islam.
➤ Pihak TTAM bersedia dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari semua pihak sama
ada dalam bentuk material, idea dan sebagainya.
➤ Sumbangan ikhlas boleh dibankin ke akaun Maybank2u Tadika Tahfiz Al-Munir.
( 564548114058 ). Semoga Allah merahmati anda yang budiman dan dermawan.