CADANGAN :
Assalamualaikum..
Saya amat tertarik untuk mendaftarkan anak saya ke sekolah ini tetapi
lokasinya
terlalu jauh. Harapan saya bolehlah kiranya dibuka cawangan di area Shah
Alam,
ini memandangkan area Shah Alam ini ramai benar anak-anak orang Islam.
Terima kasih.
Haryati Ibrahim
Shah Alam, Selangor
Sent : Tuesday, 21 September 2004
SOKONGAN :
Assalamualaikum Wrt.
Tahniah diucapkan kepada pengurusan yang berjaya mengendalikan program
keilmuan seperti ini, saya kagum dan tertarik dengan aktiviti yang
dianjurkan. Kepada penganjur saya amat mengalu-alukan program yang
diusahakan diketengahkan kepada masyarakat di setiap negeri terutama di bandar.
Bagi saya yang pernah terlibat dengan pengurusan kelas pra-sekolah sedia
bekerjasama.
Sekian, Wassalam.
Mohamad Zaki Ismail
Majlis Bandaraya Alor Star
Sent : Monday, 6 December 2004
Saya cukup tertarik dengan program dan konsep pendidikan yang diamalkan di
Al-Munir. Saya telah menjalankan pendidikan Fardhu Ain sejak 1998 dan ingin
membuka tadika sepertimana yang dibuat di Al-Munir.
Ustaz Sidek Haji Abu Bakar
Syukur Qiraati Centre,
Kemaman, Terengganu
Sent : Tuesday, 22 February 2005
Laman web yang cantik dan kreatif. Di samping dapat
memberi manfaat kepada orang ramai. Syabas !! Kalau pihak anda tidak
mempunyai masalah boleh tak beri saya tips/cara-cara @ koding yang anda guna
untuk menghasilkan laman web ni.
Vienna Fransz
Sent : Tuesday, 17 May 2005
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, Tadika Al-Munir ada cawangan di Melaka ? Saya dapati
konsep pendidikannya sangat menarik dan bagus sekali untuk anak saya. Namun
lokasi tadika di Kuala Lumpur membataskan keinginan saya untuk menghantar
anak perempuan 6 tahun dan anak lelaki saya 5 tahun. Saya sukar menemui
tadika/sekolah pendidikan tahfiz untuk anak-anak saya di sini. Boleh bantu
saya. Bilakah cawangan di sini akan dibuka, saya dan ramai lagi ibubapa amat
mengalu-alukan kehadiran Al-Munir. Wassalam.
Puan Normah Mohd Noh
Sent : Monday, 1 August 2005
CONGRATULATION !!
This is my first time in this web site. U punya webpage memang menarik. Saya
agak terkejut apabila serve this webpage. Ianya sesuai dengan kanak-kanak,
tapi kalau color untuk interface u isi dengan warna yang lebih terang, I
think webpage akan lebih nice, it just my opinion. Kepada sesiapa yang buat
webpage ni, boleh tak saya nak coding sikit untuk mouse tu ?? Lastly,
tahniah kepada sesiapa yang develop this webpage !
Norhafzan Abdul Halim @ Sa'ad
Sent : Tuesday, 13 September 2005
Cute ! Perfect ! Informative !
Nahirul Nizam Ismail
Sent : Wednesday, 19 October 2005
Laman web ini telah memberi saya banyak maklumat tentang
konsep tadika Islam dan ia telah menjadi 'bechmark' bagi saya dalam memilih
tadika bagi anak-anak saya. Saya rasa tadika-tadika Islam lain perlu
mencontohi 'approach' al-Munir dalam mempromosikan tadika mereka dan pada
masa yang sama menunjukkan tadika Islam juga boleh membimbing anak-anak
orang Islam untuk berjaya. Tahniah al-Munir.
Roslin Shah Harip Shah
Sent : Wednesday, 19 October 2005
Laman web ini sungguh menarik dan tidak disangka tadika
pun sudah mempunyai laman web yang secanggih ini... Tahniah diucap.
Faridah Hashim
Sent : Wednesday, 19 October 2005
Wowowow what a fantastic website !! Tahniah to the
webmaster !! Ada chance for franchising ke ?
I am keen to explore peluang buka cawangan u di area Balakong, specifically
Taman Impian E.
Fahrul Ariffin
Sent : Tuesday, 25 October 2005
Saya doakan semoga usaha anda diberkati ILAHI dan selamat
maju jaya. Wassalam.
Ridza
Sent : Wednesday, 26 October 2005
Saya merasakan website ini sungguh bagus dan amat
memuaskan semua pihak. This is the first time saya lihat laman web yang
berinformasi, selain memperkenalkan sistem pembelajaran, ia juga mempunyai
tips dan perkara yang menarik. Keep up a good work. Hopefully saya dapat
menyekolahkan anak saya tahun depan. Insya-Allah.
Wan Dalina
Sent : Wednesday, 7 December 2005
Syabas.... Laman web yang menepati citarasa dan
permudahkan pengguna... Semoga terus berjaya...Ingin
membuat laman web untuk tadika Islam seperti anda ... boleh membantu ?
Ainin Sofiiya
Sent : Saturday, 14 January 2006
Assalamualaikum,
Tahniah kerana mempunyai laman web sendiri. Ianya memberi manfaat kepada
ibubapa untuk mengenali tadika tahfiz ini dengan lebih baik. Berkenaan
dengan ruangan iklaneka, saya ingin bertanya ; Adakah dibenarkan jika pihak
luar ingin memasukkan iklan di ruangan iklaneka ini ? Jika boleh bagaimana
dan apakah syarat-syaratnya ? Sekian, terima kasih.
Zailir bin Othman
Sent : Tuesday, 7 February 2006
CADANGAN :
Bahagian iklaneka hendaknya boleh dicopy oleh pembaca
agar dapat dihebahkan oleh awam.
Mohd Nazri bin Ya'acob
Sent : Thursday, 9 February 2006
Assalamualaikum...
Saya ingin agar pihak tuan/puan dapat membuka cawangan tadika ini di
persekitaran tempat
tinggal saya kerana belum ada tadika seperti ini di sini sedangkan ramai
masyarakat sekarang peka
kepada pengajaran seperti di tadika ini utuk masa depan anak-anak.Tempat
saya di Taman Bandar Tasik
Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Saya adalah seorang
ibu yang ingin sekali
anak saya yang sekarang berusia 3 tahun untuk memasuki dan belajar di tadika
seperti ini tetapi
di sini hanya terdapat Pasti dan Taski, yang tidak mengambil anak umur 4
tahun seperti tadika
tuan/puan.
Sekian, wassalam.
Rosliza binti Ramli
Sent : Wednesday, 18 October 2006
SOKONGAN :
Assalamualaikum...
Pertamanya tahniah saya ucapkan kerana berjaya mencipta sesuatu yang lain.
Semoga terus maju. Diharap dapat meluaskan naungan sehingga ke Johor Bahru.
Aida Nor Wani Yahya
Sent : Tuesday, 14 November 2006
CADANGAN :
Program yang ditawarkan amat menarik tetapi lokasi
terlalu jauh. Boleh tak tadika ini buka
franchise di kawasan Nilai & Bandar Baru Bangi ?
Rozlin Yahya
Sent : Wednesday, 22 November 2006
SOKONGAN :
Tahniah kerana berjaya menyediakan laman web yang
'complete & infomative'. Keep up a good work.
Semoga usaha murni anda mendapat ganjaran besar daripada Allah di dunia dan
akhirat.
Roziyatty Mohd Rozi
Sent : Wednesday, 4 April 2007
Tak terucap dengan kata-kata...laman web sangat2 menarik...tak
sangka... congratulation !
Teacher Ana
Sent : Wednesday, 11 April 2007
Assalamualaikum..
Kesempatan yang ada ini saya sebagai ibu kepada bekas pelajar sessi 2007
Nurhusna Humaira bt Mohamad Saffri ingin mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Ustazah Aida, Cikgu Hasliza, Cikgu Erni, Cikgu
Sal dan Cikgu Humaira atas segala jasa, tunjuk ajar dan bakti kalian dalam
mendidik anak saya selama ini. Doa dan harapan saya semoga kalian semua
terus berusaha dalam mendidik anak bangsa ini supaya dapat melahirkan para
pelajar yang 'terbilang' di dalam semua aspek merangkumi dunia dan akhirat.
Sesungguhnya hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian dan semoga
dirahmati-Nya selalu.
Wassalam.
Norasliza Mohd Khalid
Sent : Saturday, 17 November 2007
CADANGAN :
Assalamualaikum,
Saya sudah melayari webpage ini (menarik
:-)) dan mendapati kaedah pembelajarannya amat bagus. Saya berminat untuk
menghantar anak perempuan saya ke tadika ini, tetapi terasa sangat jauh
untuk usianya yang baru mencecah 5 tahun. Apa kata kalau pihak TTAM
mengadakan cawangan yang berhampiran dengan Taman Melewar. Terima
kasih.
Wan Azizan Wan Ahmad
Sent : Wednesday, 26 December 2007
Assalamualaikum.
Bolehkah saya tahu mengenai yuran pendaftaran dan bulanan di tadika ini?
Saya tertarik dengan konsep tadika ini yang mempunyai semua ciri-ciri yang
saya inginkan tapi yang tidak seronoknya lokasi agak jauh dari tempat saya.
Bolehkah saya cadangkan agar pihak Tuan/Puan membuka cawangan di Taman Ehsan
/ Desa Jaya Kepong? Ini kerana tiada lagi tadika yang menggunakan konsep
Cahayaku di sana dan yang penting di sana ramai juga penduduk yang beragama
Islam. Anak pertama saya di Tadika Sri Nur Ain (Sistem Cahayaku) dan yang
kedua Tadika Pasti (Islam) agak berbeza dari segi pembacaan tapi dari segi
hafalan surah pula ada kelebihannya. Saya harap anak ketiga saya yang kini
berumur 4 tahun (2004) dapat mendaftar dengan Tadika Tahfiz tapi adakah
cawangan yang terdekat kerana saya tinggal di FRIM Kepong. Sekian,
terima kasih.
Mahani Rahmat
Sent : Saturday, 5 January 2008
Kalau boleh adakan ruangan testimoni kerana saya amat
bangga anak saya sudah boleh membaca dan rajin
sembahyang setelah dua tahun di Tadika Tahfiz Al-Munir, diharap Tadika
Tahfiz Al-Munir dapat menerapkan cinta kepada agama Allah ini dengan lebih
cemerlang lagi. Terima kasih.
Muhamad Rizal bin Che Rani
Sent : Sunday, 13 January 2008
Assalamualaikum.
Pertama sekali saya mahu ucapkan terima kasih pada pihak Tahfiz Al-Munir
kerana masih lagi menerima anak saya walaupun anak saya agak lewat daftar
sesi persekolahan 2008 iaitu bulan 3. Saya adalah ibu kepada Amerra
Aishah bt. Azman. Pada saya tahfiz ini amat bagus sekali kerana berkonsepkan
Islam tapi saya juga cadangkan jika tidak keberatan untuk adakan
pembelajaran Bahasa Mandarin juga. Akhir sekali syabas pada Tahfiz Al-Munir
dan juga guru-guru terutama Cikgu Aida dan rakan-rakan seperjuangan....
Siti Sutri
Sent : Monday, 3 March 2008
Tahniah dan mabruk atas usaha yang dijalankan oleh pihak
pengurusan dan seluruh tenaga kerja Tadika Tahfiz Al-Munir. Saya minat
dengan web yang anda paparkan walaupun inilah kali pertama saya
mengaksesnya. Semoga apa yang anda lakukan mendapat panduan kepada yang
lain. Memang wajar kanak-kanak didedahkan dengan Islam. Saya sokong anda.
Tahniah dan teruskan usaha yang murni ini....
Zakiah Hanim
Sent : Tuesday, 29 July 2008
Saya dapat maklumat dari kawan, yang tadika ini sangat
bagus.. saya nak daftarkan anak 2009 ini, tapi tadika ini tiada di tempat
saya tinggal.. saya tinggal di Kota Damansara...
Zarina Naim
Sent : Wednesday, 22 October 2008
SOKONGAN :
Laman web yang menarik pernah saya layari.. Tahniah
kepada seluruh kakitangan Tadika Tahfiz Al-Munir... Semoga Allah menjadikan
kita insan cemerlang, gemilang dan terbilang... Insya-Allah.
Mahanum Bt Osman
Sent : Tuesday, 2 December 2008
Assalamualaikum..
Saya amat tertarik dengan Tadika Tahfiz Al-Munir. Apakah pihak tuan akan
memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari negara lain seperti Brunei
Darussalam dan Singapura. Terima Kasih.
Muntaz
Sent : May 13 2009
TERIMA KASIH ATAS
SOKONGAN ANDA.
TANPA ANDA SIAPALAH KAMI.



▲Lihat Atas▲